Hot FM

Dakwaan ajak tonton video lucah, diraba: Bapa pelakon remaja direman



Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata bapa kepada pelakon remaja itu direman sehingga 12 Sept.  (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya direman sehingga 12 Sept selepas ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata tangkapan terhadap suspek dibuat pada 2.45 petang dengan polis turut merampas sebuah telefon bimbit miliknya.

“Saringan air kencing ke atas OKT (orang kena tuduh) adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“OKT direman sehingga 12 Sept untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kandungan telefon bimbit suspek akan dianalisis Jabatan Forensik polis.

Semalam, menurut Sinar Harian, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat pendedahan yang mendakwa pernah diajak bapanya menonton filem lucah bersama, selain mendakwa pernah beberapa kali diraba lelaki itu.

Wan Azlan berkata, kertas siasatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version