
KUALA LUMPUR: Enam syarikat berpangkalan di Malaysia antara hampir 400 entiti dan individu dikenakan sekatan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana beroperasi atau pernah beroperasi dalam sektor pembuatan Rusia.
Syarikat yang disenaraikan itu ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability), dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).
Dalam kenyataan pada 30 Okt, Pejabat Jurucakap itu memaklumkan bahawa hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Rusia “melaksanakan perang haramnya”.
Kenyataan itu menyatakan, Jabatan Negara sedang mengenakan sekatan ke atas lebih 120 individu dan entiti.
“Penyenaraian Jabatan Negara bertujuan untuk mengganggu usaha mengelak sekatan dan menyasarkan…