
PETALING JAYA: Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kerana mendakwa bahawa penganut Kristian di Malaysia “bergabung dengan sekumpulan orang Yahudi untuk mengkristiankan Malaysia”.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung CCM Jonathan Jesudas, berkata majlis itu terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang dibuat pada satu ceramah baru-baru ini dan telah tular di media sosial.
“Kenyataan ini bukan saja tidak benar tetapi tidak bertanggungjawab untuk seorang ahli politik membuat kenyataan demikian kepada orang ramai yang ditonton secara meluas di media sosial.
“Kenyataan sebegitu, yang diucapkan secara sembarangan, mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama.
“Ia mesti ditangani oleh pihak berkuasa untuk memastikan…