Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah

today4 October 2023

Background

Pengurus eksekutif hotel dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan mencabul kehormatan bekas penyampai berita wanita popular yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Tertuduh, Mohd. Faizal Hussain, 53, disyaki mencabul bekas personaliti stesen televisyen swasta, 54, dengan cara memegang tanggannya di sebuah hotel terletak di Damansara, 13 Julai lalu.

Mohd. Faizal Hussain bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memerpuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan Majistret Zhafran Rahim Hamzah memerintahkan Faizal untuk tidak menganggu mangsa dan saksi-saksi lain sepanjang perbicaraan berlangsung.

Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

Artikel Berkaitan: Isu Dicabul Individu Lelaki, Ara Johari Ambil Langkah Berhati-Hati

Sumber/Kredit foto: Utusan Malaysia

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Hantar lebih ramai jurulatih bukan pegawai

Kuala Lumpur: Tiba masanya Malaysia menghantar lebih ramai jurulatih olahraga mengikut acara dipertandingkan daripada menghantar lebih banyak pegawai ke kejohanan disertai yang kadang-kala tidak boleh membantu atlet.

today4 October 2023