Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwaan cabul, rogol di bilik jenazah, kes diserah kepada Jaim

today5 June 2026

Background


Dzulkhairi Mukhtar
Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar, berkata polis menyerahkan dakwaan cabul dan rogol di sebuah masjid kepada Jaim selepas pihaknya dapati tiada unsur jenayah itu berlaku. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Polis menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut kes membabitkan dakwaan cabul dan rogol di bilik jenazah di sebuah masjid di negeri itu selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu pada 9.12 pagi semalam daripada seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang mendakwa menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki berusia 48 tahun.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh telah dijalankan dan mendapati dakwaan berkaitan jenayah tersebut tidak berlaku.

“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan, sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah berkenaan,” katanya menurut Bernama.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post