
KOTA BHARU: Polis menafikan dakwaan berlaku cubaan culik terhadap dua kanak-kanak perempuan di Pantai Kemayang, Bachok, seperti yang ditularkan oleh satu akaun Facebook, semalam.
Timbalan Ketua Polis Bachok, Mohd Zain Mat Dris, berkata semua yang terlibat dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Bachok untuk siasatan.
Salah faham itu timbul apabila pengadu membuat laporan polis selepas melihat anaknya berusia tujuh tahun serta anak saudara berusia sembilan tahun berlari ke rumah nenek mereka daripada arah kedai berdekatan, dan ternampak sebuah kereta berhenti berdekatan dengan kanak-kanak terbabit.
“Pengadu menyatakan kereta tersebut bertindak bergerak ke arah sama kedua-dua mangsa melarikan diri dan menyebabkan pengadu serta abang iparnya cuba mengejar kereta yang…