Menerusi perkongsian tersebut, pemilik akaun itu mendakwa seorang guru perempuan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sendiri selepas memberitahu ibunya telah menghadiri sendiri majlis perkahwinan berkenaan.
“Pengetua tidak benarkan cuti disebabkan ada mesyuarat PIBG. Jadi dia tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan sendiri, sedihnya.
“Saya terkejut dengar cerita ini. Pengantin hanya sampai di Sabak Bernam hampir jam 6 petang disebabkan kesesakan lalu-lintas pada hari cuti.
“Secara tiba-tiba lagi tiga minggu sebelum majlis, pengetua beritahu tak dapat cuti sebab ada PIBG. Lagi tiga minggu majlis baru pengetua cakap tak boleh, sedangkan kad sudah diedar,” kongsinya.