Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwaan kamera tersembunyi: Inap desa dikeluar daripada Airbnb

today25 September 2023

Background


Airbnb melarang pemasangan kamera tersembunyi dalam premis penginapan. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Airbnb mengeluarkan akaun pengendali sebuah inap desa di Sabah sementara menunggu siasatan dakwaan pelancong asing berhubung kamera tersembunyi dipasang dalam soket dinding.

Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, dalam e-mel kepada Bernama berkata pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa mendengar insiden itu berlaku.

β€œMeskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami memberikan sokongan kepada tetamu kami.”

Beliau mengulas laporan Bernama Ahad lalu menyebut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memandang serius dakwaan pelancong asing terdapat kamera tersembunyi dalam soket dinding di sebuah inap desa.

Menterinya, Tiong King Sing dilaporkan berkata kerajaan Sabah, Motac negeri dan agensi berkaitan diarah mengambil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post