
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menafikan dakwaan wujudnya kem dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada bulan depan.
Loke berkata dakwaan tersebut adalah perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti, dan beliau tidak terganggu serta menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa, lapor Bernama.
“Biasalah setiap pemilihan ada macam-macam dakwaan, pimpinan DAP ini memang pasukan yang bersatu padu dan kuat jadi kita tak perlu endahkannya. Dakwaan ini daripada orang luar tak ada kena-mengena dengan parti, mungkin ada yang dengki dengan DAP, ada musuh politik dan sebagainya.
“Semua pemimpin kita matang dan tahu menilai, tak perlu bergaduh dengan perkara seperti ini. Saya tak tahu ada kem-kem, hanya ada kem DAP,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis di…