
KUALA LUMPUR: Kursus Dakwah Harmoni dikendalikan Global Unity Network (Unity) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang didakwa mengancam akidah anak bangsa adalah tohmahan tidak bersandarkan fakta sebenar, kata Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, pihaknya amat kesal dengan tohmahan seorang ahli politik berhubung perkara itu bertujuan memburukkan imej dan komitmen kerajaan dalam menjayakan agenda mengukuhkan kedudukan Islam serta pembangunan ummah.
“Program berkala ini sebahagian daripada siri latihan peningkatan kefahaman dan kemahiran dakwah bermatlamat meningkatkan kepakaran dakwah kepada guru bagi membolehkan mereka memberikan kefahaman sebenar tentang ilmu berkaitan agama lain dan perbandingannya kepada komuniti dan…