Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwaan letak jawatan timbalan presiden PKR berniat jahat, kata Nurul Izzah

today31 March 2026

Background


nurul izzah
Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, segala maklumat sahih hanya akan disalurkan melalui kenyataan rasmi parti.
PETALING JAYA:

Nurul Izzah Anwar menyifatkan maklumat palsu kononnya beliau meletak jawatan timbalan presiden PKR sebagai spekulasi berniat jahat.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan, dakwaan peletakan jawatan itu sebagai tidak benar sama sekali.

“Saya kekal komited menjalankan amanah diberikan selaras dengan mandat anggota parti dan proses demokrasi organisasi,” katanya dalam kenyataan.

“Tiada sebarang perubahan berlaku dalam struktur kepimpinan sedia ada, dan fokus utama saya kini adalah untuk terus memperkukuh agenda perjuangan parti.”

Nurul Izzah berkata, beliau menghargai keprihatinan semua pihak, namun menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan maklumat palsu.

“Segala maklumat sahih hanya akan disalurkan melalui kenyataan rasmi parti,” katanya.

Pada 28 Mac, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil turut menafikan dakwaan Nurul…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post