
Kerajaan digesa menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur keselamatan di semua fasiliti ketenteraan susulan penahanan lima pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah.
Ahli Institut Integriti Malaysia (IIM), Lee Lam Thye, berkata kejadian itu bukan sekadar kes penyeludupan dadah kerana menimbulkan persoalan asas mengenai integriti, disiplin dan keberkesanan kawalan keselamatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau menyifatkan dakwaan penggunaan kemudahan pengangkutan udara tentera untuk menyeludup 96.64kg dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta sebagai amat membimbangkan kerana melibatkan mereka yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara.
“Dakwaan ini menimbulkan kebimbangan…