
Dakwaan bahawa sebuah kenderaan peronda menjadi ‘escort’ (pengiring) kepada kenderaan mencuri kabel adalah tidak benar, kata polis.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Noor Hisam Nordin, berkata peronda membuka lampu mengikut prosedur operasi standard, dan polis telah memberkas seorang suspek curi kabel untuk tindakan lanjut.
“Dakwaan bersekongkol adalah tidak benar,” katanya lapor Utusan Malaysia, menjawab dakwaan yang tular di media sosial.
Polis menahan seorang lelaki ketika cuba menarik keluar kabel dari lurang menggunakan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, semalam.
Polis menerima panggilan orang awam kira-kira pukul 3.59 pagi memaklumkan sekumpulan individu disyaki mencuri kabel…