Hot FM

Dakwaan PH ‘tak buat apa’ sebab kurang maklumat, kata Adun


Preakas Sampunathan
Adun Kota Kemuning Preakas Sampunathan, berkata reformasi memerlukan masa, komitmen politik berterusan, dan ‘kepimpinan yang berhasrat bawa perubahan’.
SUBANG JAYA:

Dakwaaan kononnya Pakatan Harapan (PH) ‘tidak buat apa-apa’ sepanjang menjadi kerajaan didorong kekurangan maklumat, kata Preakas Sampunathan daripada DAP.

Berucap pada majlis makan malam kutipan dana malam ini, Preakas berkata, ramai pengkritik gagal mengiktiraf usaha reformasi kerajaan kerana mereka tidak mendapat maklumat yang betul.

“Ramai bercakap dari sudut negatif. Mereka berkata, ‘Oh, Pakatan Harapan, tidak buat apa-apa’,” katanya. “Tetapi perkara pertama yang perlu anda tanya mereka, adakah mereka membaca akhbar? Adakah mereka membaca sumber maklumat yang betul?” katanya.

Beliau menyeru orang ramai bergantung kepada sumber boleh dipercayai apabila menilai prestasi gabungan itu.

Preakas berkata, kerajaan telah memperkenalkan siri reformasi institusi walaupun sebahagian belum dilaksanakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version