
PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) berkata, dakwaan salah guna wang zakat yang disebarkan baru-baru ini adalah ulang siar fitnah sama pada 2019.
Pengerusinya, Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir, berkata pihaknya sekali lagi membuat laporan polis, selepas beberapa laporan dibuat terhadap pemilik media sosial terbabit sebelum ini.
Beliau berharap polis akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menimbulkan persepsi negatif serta kegusaran awam.
“Pada 2023, dakwaan sama diulang siar pihak tidak bertanggungjawab bagi memenuhi kepentingan peribadi,” katanya menurut Harian Metro.
“Sebarang hal berkaitan salah laku, Mains serahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan dan Mains memberi kerjasama sepenuhnya serta…