Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwaan sorok beras tak logik, penyebar dicabar beri bukti

today22 September 2023

Background


Azman Mahmood berkata Malaysia mempunyai kira-kira 900,000 tan metrik beras yang mampu menampung keperluan lima bulan akan datang.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood menyifatkan dakwaan pengilang dan pemborong menyorok bekalan beras tempatan tidak logik kerana makanan ruji itu hanya mampu bertahan 45 hari sebelum diserang kutu beras.

Katanya, sama juga dengan padi yang mempunyai jangka hayat 60 hari.

Beliau berkata, stok semasa beras negara masih banyak, iaitu kira-kira 900,000 tan metrik dan mampu menampung keperluan bagi lima bulan akan datang.

“Daripada jumlah itu, ia melibatkan stok dagangan berjumlah 650,000 tan metrik, manakala stok kecemasan sebanyak 250,000 tan metrik.

“Beras tidak boleh disimpan lama kerana ia akan rosak, lagipun tiada kegunaan berbuat demikian. Stok beras negara juga masih banyak,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau mencabar penyebar berita palsu mengemukakan bukti berhubung tindakan menyorok stok…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post