Mohamad Shafiq Abdul Rahman membuat tuduhan itu dalam satu video ringkas di TikTok selepas Wan Saiful pagi tadi didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah berkaitan inisiatif Jana Wibawa.

PETALING JAYA: Seorang pengguna TikTok memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ia menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan untuk menjadi saksi bagi mendakwa presidennya, Muhyiddin Yassin.
Dakwaan itu dalam satu video ringkas di TikTok hari ini. Wan Saiful pagi tadi didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah berkaitan inisiatif Jana Wibawa.
Mohamad Shafiq Abdul Rahman dalam kenyataan di Facebook berkata dakwaan itu hanyalah berdasarkan khabar angin semasa di mahkamah, bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menukar kenyataan bagi menganiayai Muhyiddin.
Kata Shafiq, video itu juga…