Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Daler Yusof Dikecam Peminat K-Pop???

today13 March 2019

Background

Seperti semua sedia maklum, baru-baru ini penyanyi nombor 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik fotonya bersama pelakon dan model Korea terkenal, Lee Sung Kyung. 
Foto tersebut mendapat banyak ‘likes’  dari orang ramai namun komen daripada pelakon kacukan Daler Yusuf telah mengundang kritikan negatif netizen terutama buat peminat tegar K-Pop.

Ini selepas Daler memuji wajah Tok Ti lebih cantik berbanding aktres itu yang dikatakan penuh dengan pembedahan plastik.

Peminat K-Pop yang bengang dengan tindakan Daler itu turut mengkritik bakat lakonan Daler yang dilabel seperti ‘kayu kaku’ dan berharap beliau memperbaiki mutu lakonannya terlebih dahulu sebelum mengkritik personaliti pelakon korea kesayangan mereka itu.

Kata netizen lagi, tindakan Daler Yusuf itu sangat memalukan dan jika dia bukan peminat K-Pop sekalipun, tidak bermakna pelakon itu boleh menuduh seseorang itu melakukan pembedahan plastik.
Selepas dikecam teruk, Daler dilihat membuat permohonan maaf di atas ketelanjurannya itu.

 

Written by: Jay


Previous post