
BATU KAWAN:
Peruntukan pembangunan untuk Pulau Pinang meningkat 60% tahun ini kepada RM7.8 bilion, berbanding kurang RM5 bilion pada 2022, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, peruntukan kepada negeri ini telah ditingkatkan secara konsisten sejak 2023 iaitu RM5.7 bilion, diikuti RM5.8 bilion pada 2024, dan RM7.6 bilion pada 2025.
“Ini adalah hak dan kewajaran membantu yang munasabah, menunjukkan peningkatan hampir 60% berbanding 2022,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ Madani di Pekarangan Stadium Negeri.
Anwar yang juga menteri kewangan , berkata antara projek utama dilaksanakan di Pulau Pinang ialah projek Projek Transit…