
KUALA LUMPUR: Penawaran dana pinjaman untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan dalam kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata ia akan lebih berkesan sekiranya dana pinjaman itu dapat menawarkan sifar kadar faedah buat peminjamnya.
“Aspek lain ialah perlu memanfaatkan kepakaran tempatan sama ada dari syarikat tempatan atau pun luar negara untuk proses digitalisasi dan automasi. PKS perlu mengambil peluang untuk proses digitalisasi, kemudian boleh pergi kepada automasi yang dalam terma perniagaan kita panggil sebagai e-bisnes, iaitu hasil transformasi…