
BANGI: Peruntukan RM15 juta kepada Harimau Malaya, Pasukan Bawah 18, dan bawah 13, tidak boleh dibelanjakan sesuka hati atau untuk pembayaran gaji, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Sebaliknya, Hannah berkata peruntukan tersebut khas untuk mendapatkan jurulatih bagi memperkasa skuad Harimau Malaya dan pasukan yang berkenaan.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan akan memantau penggunaan peruntukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan dana hanya digunakan bagi peningkatan prestasi oleh barisan kejurulatihan dan bukan untuk kegunaan lain.
“Kita sedang tunggu FAM untuk bincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN), untuk lihat bagaimana kita akan membelanjakan RM15 juta itu, dan ia akan dipantau oleh dua kementerian iaitu Kementerian Belia dan Sukan, dan Kementerian Kewangan.
“Jadi, duit ini bukan FAM boleh…