Hasil semakan di laman web rasmi UM, sehingga kini terdapat 10 Ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi di universiti berkenaan.
Antaranya ialah YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim selaku Pengerusi, dikuti dengan Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Ar. Saifuddin Ahmad, Tan Sri Zarinah Anwar, Datuk Rosnah Hj. Abd Rashid Shirlin, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Tan Sri Dato’ Dr. R. Palan, Tan Sri Abd Rahim Mohamad, Danesh Raj Nagarajan dan Professor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman selaku Pemangku Pendaftar atau Setiausaha.
Dalam pada itu, Danesh Raj turut mengucapkan ribuan terima kasih dan syukur kepada pihak universiti berkenaan kerana memberikan kepercayaan serta amanah kepadanya untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.
“Varsiti ini dan warganya telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna! Sudah tentu UM dan tradisinya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya.
Dengan kudrat yang ada saya…