
PETALING JAYA: Perwakilan DAP menghantar mesej jelas dalam pemilihan parti Ahad lalu untuk beralih daripada dominasi ahli kanan dalam peranan kepimpinan.
Sentimen ini boleh dilihat melalui prestasi buruk bekas pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang berada di tempat ke-26 daripada 30 ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Keputusan itu dikatakan mencerminkan desakan pemimpin muda mahu mengubah parti, yang sebelum ini terkenal dengan gaya politik “berjuang di jalanan”.
Orang dalam parti berpendapat pelantikan Guan Eng sebagai penasihat ialah cara penuh hormat mengeluarkannya daripada peranan pengerusi dan menghormati dedikasi serta pengorbanan seumur hidup bapanya, Kit Siang dalam membina parti.
“Langkah untuk memastikan Guan Eng tidak menjadi pengerusi berjalan mengikut…