

DAP Sarawak mengumumkan tujuh lagi calon yang akan mewakili parti itu pada PRN Sarawak ke-13.
Pengerusi Chong Chieng Jen akan mempertahankan Padungan manakala Violet Yong akan mempertahankan Pending.
Calon-calon lain ialah Lim Nee Kon (Opar), Michael Kong (Kota Sentosa), Jordan Soo (Batu Kitang), Sim Kiat Leng (Batu Kawa) dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii (Batu Lintang).
Chong ketika berucap pada malam mobilisasi DAP malam tadi berkata barisan calon berkenaan mencerminkan hasrat memperkukuh kehadiran di DUN Sarawak serta menyediakan perwakilan pembangkang yang berkesan.
“Perkara yang boleh kami pastikan ialah selepas PRN akan datang, Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membentuk kerajaan negeri… kepentingan untuk mempunyai pembangkang yang berfungsi sebagai…