Presiden Muda itu malah menghamburkan “hipokrit”, “gila kuasa”, dan “tiada prinsip” di media sosial.

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggelar DAP “lap-dog” (pengikut setia) Zahid Hamidi, selepas seorang pemimpin parti itu menyarankan beliau bersemuka dengan pimpinan kerajaan perpaduan berhubung mahkamah melepaskan presiden Umno itu tanpa membebaskannya.
Presiden Muda itu malah menghamburkan “hipokrit”, “gila kuasa”, dan “tiada prinsip” di media sosial.
“DAP sudah jadi ‘lap-dog’ kepada Zahid,” katanya di Twitter.
“Hipokrit. Gila kuasa. Tiada prinsip.”
Terdahulu, Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkata adalah lebih profesional sekiranya Syed Saddiq, selaku Ahli Parlimen menyokong kerajaan, berbincang dengan pucuk pimpinan berhubung perkembangan kes Zahid,…