Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata kebanyakan orang Melayu tidak percayakan DAP.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mengingatkan DAP bahawa parti itu turut menjadi liabiliti untuk menarik kembali sokongan Melayu.
Nur Jazlan Mohamed berkata, ia sudah tentu menjadi kesukaran bagi Umno memulih kepercayaan orang Melayu khususnya menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, DAP sepatutnya menghargai usaha Umno dalam membolehkan kerajaan perpaduan ini dibentuk.
“Umno memang ikhlas mahu jayakan kerjasama dalam kerajaan perpaduan ini, sebab itu kita tidak cakap apa-apa. Tetapi, bila kita diam, DAP pula keluarkan kenyataan sebegini.
“Untuk keadaan sekarang pun, kita susah nak tarik sokongan Melayu kembali kepada Umno disebabkan DAP sendiri, kerana ramai orang Melayu tidak…