Site icon Hot FM

DAP tak berhasrat calonkan Pua pada PRN, kata Loke


Setiausaha agung DAP itu turut menolak gesaan pecat Tony Pua sebagai penasihat dasarnya kerana menyerang BN dan Umno.

Loke Siew Fook berkata, Tony Pua tidak berminat bertanding pada PRN akan datang.

PUTRAJAYA: DAP tidak berhasrat mencalonkan Tony Pua pada PRN akan datang, kata Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.

“Beliau (Pua) sendiri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya dan kami tidak berhasrat mencalonkannya,” kata Loke selepas merasmikan sebuah majlis di sini.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menggesa DAP tidak membenarkan Pua bertanding pada PRN akan datang kerana melabelkan Barisan Nasional (BN) “korup”.

Pua dalam majlis makan malam kutipan dana DAP Jumaat lalu berkata, beliau berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan Umno dan BN pada PRU akan datang.

Kenyataan kontroversi Pua itu membingungkan beberapa pemimpin BN, dengan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker menggesa Loke memecat Pua sebagai penasihat dasarnya bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version