
GEORGE TOWN: DAP tidak bercadang mewajibkan calonnya untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mengisytiharkan harta, kata Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook.
Bagaimanapun, katanya, mereka yang terpilih menjadi wakil rakyat dikehendaki membuat pengisytiharan harta, seperti yang diamalkan DAP sejak sekian lama.
Beliau ditanya sama ada DAP akan mengikut jejak PKR mewajibkan calon mereka mengisytiharkan harta.
Semalam, Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta kira-kira RM11.2 juta. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengisytiharkan sebuah rumah dan tiga bidang tanah bernilai RM10.35 juta, serta wang tunai dan simpanan kira-kira RM829,000.
Anwar turut menggesa pemimpin parti lain mengikut jejaknya mengisytiharkan harta mereka.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengisytiharkan aset bersih berjumlah RM18,851,350 setakat…