

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, berkata rasa tidak puas hati DAP mengenai ramalan pilihan raya, berserta kegagalan parti itu berbincang dengannya berkait hal itu menyumbang keputusannya untuk keluar parti.
Bercakap dalam episod terbaru audio siar Keluar Sekejap, Ong berkata, ketegangan dengan DAP bermula selepas beliau meramalkan Pakatan Harapan (PH) bakal mengalami kekalahan besar pada PRN Johor.
Katanya, ramalan untuk Johor itu mulanya dibuat semasa sesi taklimat tertutup bersama pengamal media, namun diketahui umum selepas pempengaruh tertentu memperoleh salinan pembentangannya.
“Ini bukan sesuatu yang saya nak buat untuk menjatuhkan PH ataupun nak memburukkan parti DAP,” katanya.
Ong berkata, beliau membuat ramalan sama menjelang PRN Negeri Sembilan, termasuk kemungkinan…