
PETALING JAYA: DAP tidak akan menyokong pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk menaikkan denda bagi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Rang undang-undang (RUU) pindaan yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac itu akan mengekalkan denda maksimum bagi individu sebanyak RM10,000, tetapi mengurangkan separuh kompaun maksimum bagi syarikat kepada RM500,000.
Ketika ini, semua kompaun di bawah akta itu tertakluk kepada had RM1,000.
“Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyokong Akta 342 berikutan kenaikan denda yang kontroversi dan mencadangkan syarikat yang terus ingkar dan melanggar SOP ditutup.
“Rakyat dan syarikat telah cukup menderita dan tidak sepatutnya dibebani ketika kemelesetan ekonomi sekarang…