
HULU SELANGOR: Tumpuan DAP pada PRK Kuala Kubu Baharu adalah untuk memenangi hati pengundi, bukan memujuk mana-mana parti, kata Loke Siew Fook, merujuk tindakan MCA memboikot kempen pilihan rayanya.
Setiausaha agung DAP berkata, partinya yang mewakili kerajaan perpaduan pada PRK 11 Mei ini tidak pernah memaksa mana-mana parti lain untuk membantu kempen mereka.
“Pilihan raya bukan soal parti, sebaliknya tumpuan kepada rakyat. Jadi pada saya, paling penting pujuk pengundi bukan mana-mana parti,” katanya selepas mengiringi calon partinya, Pang Sock Tao, ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Beliau mengulas sama ada DAP akan memujuk MCA, salah satu komponen Barisan Nasional (BN), untuk membantu kempennya pada PRK itu
Terdahulu, Presiden MCA Wee Ka Siong menegaskan…