Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DAP umum Nor Zulaila tanding Tiram, Lee di Johor Jaya

today20 June 2026

Background


Nor Zulaila Abd Ghani and Lee Wern Yiing
Nor Zulaila Ghani (kiri) pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Kajang sejak 2018, manakala Lee Wern Yiing merupakan pegawai khas kepada penyandang DUN Johor Jaya.
PETALING JAYA:

DAP mengumumkan Nor Zulaila Abd Ghani dan Lee Wern Yiing sebagai calon Pakatan Harapan (PH) masing-masing di Tiram dan Johor Jaya, pada PRN Johor 11 Julai ini.

Nor Zulaila pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Kajang sejak 2018 dan mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, pembangunan komuniti serta pentadbiran kerajaan.

Anak jati Muar itu kini bekerja sebagai setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Ahli Parlimen Bangi, penyelaras parlimen bagi Semenyih, dan pembantu kepada Ahli Parlimen Serdang.

Pencalonan Nor Zulaila diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di Plentong, Johor Bahru, lapor Sinar Harian.

Tiram antara DUN dalam Parlimen Tebrau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post