Penyanyi dan pelakon, Sharifah Zarina tampil mengulas berkenaan video tularnya yang kelihatan seakan-akan tawaf ketika dalam keadaan separuh sedar baru-baru ini.
Kata Zarina atau nama penuhnya, Â Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, tindakannya melakukan tawaf dan menyebut bacaan talbiyah dianggap sebagai rezeki untuknya. Malah, dia bersyukur dengan pengalaman tersebut.
“Pada mulanya, mereka anggap video itu kelakar tetapi bila dengar semula betul-betul, apa yang saya cakap iaitu buat umrah dan bertalbiyah Labbaikallah berulang kali dalam keadaan tidak sedar itu, saya sangat bersyukur kerana dapat pengalaman sebegitu.
“Saya memang tidak sedar apa yang berlaku dan tidak bermimpi apa pun ketika itu.
@officialathalia If it was me, entahlah apa yg akan jadi? #fyp #tiktokmalaysia #tiktoksarawak #trend #foryou #40 #40masihmuda #sharifahzarina ♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic