Site icon Hot FM

Dapat Rezeki Ingat Allah Dalam Keadaan Tak Sedar, Sharifah Zarina Luah Rasa Syukur Video Seakan Tawaf Tular

Penyanyi dan pelakon, Sharifah Zarina tampil mengulas berkenaan video tularnya yang kelihatan seakan-akan tawaf ketika dalam keadaan separuh sedar baru-baru ini.

Kata Zarina atau nama penuhnya,  Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, tindakannya melakukan tawaf dan menyebut bacaan talbiyah dianggap sebagai rezeki untuknya. Malah, dia bersyukur dengan pengalaman tersebut.

“Pada mulanya, mereka anggap video itu kelakar tetapi bila dengar semula betul-betul, apa yang saya cakap iaitu buat umrah dan bertalbiyah Labbaikallah berulang kali dalam keadaan tidak sedar itu, saya sangat bersyukur kerana dapat pengalaman sebegitu.

“Saya memang tidak sedar apa yang berlaku dan tidak bermimpi apa pun ketika itu.

“Saya baca komen semua pengikut dan terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, saya sudah selesai menjalani dua pembedahan untuk keluarkan batu karang pada 10 September dan 27 September lalu dan kini berehat di rumah.
“Insya-Allah, saya dalam fasa kembali pulih seperti sedia kala dan berehat serta tidak boleh buat kerja berat,” jelasnya.
Terdahulu, video yang dimuat naik oleh anak peempuannya yang dikenali sebagai Athalia menuai espons dalam kalangan warganet sejak ia dikongsikan di platform TikTok.
@officialathalia If it was me, entahlah apa yg akan jadi? #fyp #tiktokmalaysia #tiktoksarawak #trend #foryou #40 #40masihmuda #sharifahzarina ♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

 

 

Exit mobile version