Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dapat Sentuhan Komposer Zul 2By2, Penyanyi Baharu Aiden Daniel Teruja

today5 August 2022

Background

β€œUsia 30 tahun bukan penghalang untuk saya kembangkan bakat sebagai pennyanyi. Saya tak rasa terlambat.”

Begitulah kenyataan pendatang baharu dunia nyanyian, Aiden Daniel yang memulakan langkah pertama dalam industri seni di usia 30 tahun.

Tidak melihat usia menjadi penghalang untuk membina nama, Aiden yang tampil dengan single Sampai Masa bertuah kerana menerima didikan dan semangat daripada komposer, Zul 2By2.

Zul 2By2 atau dikenali sebagai Aiman merupakan komposer popular yang mencipta lagu-lagu hit seperti Mewangi, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Malam Semakin Dingin, Meraung, Kau Yang Bernama Seri dan banyak lagi.

β€œSaya tak kisah digelar β€˜budak-budak baru nak up’ (BBNU) memandangkan pembabitannya dalam industri muzik secara serius masih baru.

β€œSebelum ini, saya banyak menyanyi tetapi belum berpeluang masuk industri. Saya sudah banyak kali usaha, misalnya membuat persembahan di majis-majlis tertutup, makan malam, sertai pertandingan karaoke dan sebagainya.

β€œMasa itu mungkin nasib belum menyebelahi saya. Kini, saya sudah jumpa orang yang betul yang boleh buka peluang untuk saya β€˜masuk’ dalam dunia industri nyanyian. Pertemuan dengan Abang Zul 2By2 sangat bermakna kerana dia yang berikan peluang itu.

β€œSyukur, Alhamdulillah. Saya akan cuba apa yang mampu sebab memang minat menyanyi sejak dulu lagi. Saya juga percaya dengan rezeki. Soal cepat atau lambat, ia sudah disusun cantik oleh-Nya. Tinggal lagi kita yang perlu usaha,” katanya.

Mahu merebut segala peluang dalam dunia hiburan, pemilik nama sebenar Muhammad Amirul Abdul Rahim ini berharap agar single pertamanya menerima respons yang memberangsangkan.

β€œSaya nak rebut peluang yang ada. Saya mahu membuktikan bakat dalam industri hiburan. Perjalanan untuk saya menghasilkan single ini sangat lancar.

β€œSyukur Alhamdulillah, kos rakaman dan pelancaran ditanggung pihak pengurusan saya, Timur Empayar Management. Harapnya lagu ini akan mendapat maklum balas positif peminat,” katanya lagi.

Written by: Aqilah