Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dapat Tawaran Syarikat Rakaman, Anna Jobling Bakal Jadi Penyanyi?

today20 January 2023

Background

Pelakon Anna Jobling nampaknya semakin menempa nama dalam industri seni tanah air apabila memaklumkan dia kini menerima tawaran dari syarikat terkenal untuk merakamkan lagu.

Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, buat masa ini terdapat tiga syarikat rakaman yang tampil memberikan tawaran, namun perkara tersebut masih dalam proses perbincangan.

Bahkan, ia terlalu awal untuknya membuat keputusan.

“Manager saya ada bagitahu, ada tiga syarikat rakaman yang agak besar namanya melamar saya untuk merakamkan lagu.

“Tapi semuanya masih dalam perbincangan pihak pengurusan saya. Lagipun kalau tanya pendapat saya, saya masih belum bersedia.

“Saya dapat tawaran menyanyi tapi masih terlalu awal untuk saya buat keputusan,” katanya.

Tidak menolak kemungkinan bakal terjun dalam bidang nyanyian, aktres yang popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus ini bagaimanapun menyifatkan, keutamaan harus diberikan kepada bidang lakonan.

“Fokus saya memang untuk bidang lakonan tapi kalau sekadar suka-suka mungkin ada,” jelasnya.

Terdahulu, Meerqeen turut mencuri perhatian selepas video memaparkan dirinya berada di studio rakaman sambil menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Joe Flizzow dan Sona One berjudul Β Satu Malam Di Temasek mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

 

Sumber: Gempak, Instagram

Written by: Aqilah


Previous post