
Aidilfitri yang disambut umat Islam akan sentiasa menggamit kenangan mufti Wilayah Persekutuan terhadap arwah bapanya, bekas presiden PAS Fadzil Noor.
Ketika kecil, rumah mereka riuh dipenuhi tetamu kerana Fadzil yang ketika itu Ahli Parlimen Pendang dan ketua pembangkang aktif dalam politik serta dakwah.
“(Ketika raya) Ramai orang datang rumah. Dia (ayah) orang politik. Pengalaman saya banyak melihat kesibukan dia. Ramai orang (lain ada) pengalaman dengan ayah, tapi saya banyak tengok dia sibuk,” kata Fauwaz, 45, dalam temu bual FMT.
Sebagai mufti paling muda dalam sejarah negara, Fauwaz berkata pengalaman membesar dalam suasana itu sedikit-sebanyak membentuk caranya melihat tanggungjawab terhadap masyarakat.
Katanya, Fadzil bukan sahaja pemimpin tetapi ilmuwan mempunyai pemahaman mendalam mengenai agama dan politik, selain pemikiran…