Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

DarSA Fried Chicken Tampil Mohon Maaf Isu Komen ‘Type C’ Di Media Sosial

today7 May 2024

Background


Hal itu menyebabkan ada netizen mendakwa pihak restoran berkenaan cuba untuk bermain isu perkauman.

Untuk rekod,’type c’ seringkali digunakan oleh segelintir pihak merujuk kepada kaum Cina. Pihak DFC mengakui kesilapan mereka dalam membalas komen netizen di media sosial.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik mereka petang semalam, pihak restoran terbabit memohon maaf dan menyifatkan ia sebagai kesilapan yang tidak disengajakan.

“Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak mengganggu fokus admin kami,” jelasnya.

Pihak restoran itu berkata mereka telah memutuskan untuk tidak menjawab sebarang isu selepas ini bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.

“Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami di pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

“Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai. Pihak pengurusan DarSA Fried Chicken sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru buka pada 29…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post