Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dasar 1% peluang kerja OKU jadi KPI semua kementerian sebelum akhir 2022, kata PM

today4 December 2021

Background



Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan golongan OKU, malah sentiasa mengiktiraf peranan dan kepentingan mereka terutamanya dalam agenda Keluarga Malaysia. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata penetapan ini adalah berikutan dasar berkenaan belum lagi mencapai sasaran setakat ini.

“Di dalam Bajet 2022 menyediakan peluang untuk anak muda OKU dilantik menerusi skim MySTEP (Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia) dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Jan 2022.

“Azam dan usaha ini sekali gus membantu mempercepatkan Dasar 1% OKU dalam sektor awam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post