Site icon Hot FM

Dasar baharu AP Bumiputera tak perlu di Sarawak, kata Chong


Dasar AP baharu membolehkan syarikat Bumiputera yang tidak pernah terbabit dalam aktiviti automotif memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan kenderaan. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Sarawak, Chong Chieng Jen, menggesa kerajaan negeri menolak dasar baharu persekutuan yang membolehkan syarikat Bumiputera tanpa pengalaman dalam aktiviti automotif memohon permit diluluskan (approved permit atau AP) untuk mengimport kenderaan diperbaharui (reconditioned).

Adun Padungan itu berkata Gabungan Parti Sarawak yang mentadbir Sarawak kini berpeluang untuk menunjukkan ia tidak mengamalkan dasar-dasar berasaskan kaum.

“Saya menggesa kerajaan negeri menunjukkan teladan dengan beralih daripada dasar berasaskan kaum kepada dasar berasaskan merit.

“Dasar-dasar ekonomi berasaskan kaum tiada tempat di Sarawak,” katanya di Facebook.

Chong berkata pimpinan GPS memegang jawatan timbalan perdana menteri dan lima menteri persekutuan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version