
PETALING JAYA: Pengecualian cukai pendapatan bagi pekerja berusia 60 tahun ke atas akan menyebabkan dasar fiskal negara tidak lestari, kata ahli ekonomi yang kurang bersetuju saranan Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM).
SPCAAM semalam mencadangkan kerajaan mengecualikan cukai pendapatan kepada kumpulan B40 dan M40 yang bekerja selepas usia 60 tahun, selepas mengambil kira cabaran rakyat kebanyakan yang masih bergelut memperbaiki ekonomi keluarga selepas pandemik.
Dasar fiskal merujuk kepada langkah kerajaan mengubah perbelanjaan dan sistem atau kadar cukai agar ekonomi stabil dapat dicapai.
Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata fiskal negara yang lestari menuntut semua penghuninya membayar cukai, namun…