
KUALA LUMPUR: Dasar Gaji Progresif (DGP) dijangka dilaksanakan secara menyeluruh pada Oktober ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Abdul Rahman Mohamad, berkata pelaksanaan itu adalah selepas penilaian impak projek rintis DGP pada September.
Beliau berkata, pelaksanaan projek rintis DGP bermula bulan ini hingga Ogos.
“Sehingga Jun 2024, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama kementerian dan agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (Jheks), dan Kementerian Ekonomi telah menganjurkan serta menghadiri sebanyak 16 sesi libat urus melibatkan wakil majikan dan pekerja.
“Berdasarkan sesi libat urus, didapati majoriti majikan dan pekerja memberikan maklum balas positif terhadap pelaksanaan DGP,” katanya pada sesi soal jawab lisan.
Beliau…