
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dasar gaji progresif bersifat sukarela, selain berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.
Beliau berkata, model dasar ini diusulkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (Mten) selepas mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja.
Katanya, sesi libat urus dan tinjauan awal mendapati 62% pekerja dan 80% syarikat menyambut baik cadangan dasar gaji progresif dengan ciri yang dinyatakan.
“…dan Mten berharap dasar ini akan menerima sambutan dan penyertaan sebanyak syarikat dan pekerja yang mungkin. Langkah selanjutnya adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan.
“Perkara ini akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperhalusi mekanisme pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan
untuk memperuntukkan dana sebagai…
