Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dasar industri pertahanan di peringkat akhir penyediaan

today16 March 2025

Background


Kerajaan mahu membangunkan sendiri keperluan pertahanan negara. (Gambar Bernama)

KOTA BELUD: Kerajaan di peringkat akhir merangka Dasar Industri Pertahanan Negara sebelum dibentangkan kepada Majlis Industri Pertahanan.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata ia kemudian perlu mendapat persetujuan Jemaah Menteri sebelum dilancarkan pada tahun ini.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu supaya kita memberi tumpuan yang khusus mengenai soal ini dan memang ini pun menjadi sebahagian daripada perancangan kementerian,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama warga Kem Paradise.

Pada Jumaat, Anwar dilaporkan mahu sinergi baharu antara Kementerian Pertahanan dan pemain industri diwujudkan bagi memastikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara terus maju seiring perubahan dan kecanggihan teknologi.

Khaled berkata perdana menteri juga mahu kementerian beri tumpuan kepada mengurangkan kebergantungan pada pembekalan aset dari luar negara.

Ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post