KUALA LUMPUR: Kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Melayu bahawa dasar kerajaan yang lebih inklusif dan bertoleransi terhadap bangsa lain berpotensi mengorbankan kepentingan mereka adalah tidak berasas, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata di bawah kerajaan semasa, kedudukan raja-raja, hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak akan terjejas.
“Kerajaan dan saya melalui rakan gabungan yang hebat sudah menyatakan dengan jelas bahawa Perlembagaan menjamin bahawa kedudukan raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak akan dikompromi.
“Malah di bawah pentadbiran kerajaan ini, ketika mengambil alih projek Bandar Malaysia daripada entiti asing, kami menyatakan…