
BERA: Dasar kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti-kerajaan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, penjelasan mengenai kedua-dua perkara itu juga harus dipertingkatkan supaya rakyat mendapat maklumat tepat.
Katanya, program seperti “Jom Masuk Kampung” antara platform sangat baik untuk menjelaskan kepada rakyat dasar kerajaan, selain mampu merapatkan silaturahim penduduk sejajar aspirasi Keluarga Malaysia.
“…banyak dasar diumumkan kerajaan dan kejayaan yang dicapai kerajaan, tetapi apabila ia tidak dijelaskan kepada rakyat, rakyat keliru, terutamanya apabila ada kempen anti-kerajaan atau pelbagai fitnah (terhadap kerajaan).
“Ini boleh menyebabkan rakyat keliru dan mereka (rakyat) tidak boleh…