
Dasar pengecualian visa merupakan antara faktor yang menjadikan negara ini destinasi menarik bagi ‘scammer’ dari seluruh dunia, kata Ketua Polis Negara Khalid Ismail.
“Ia (dasar itu) memudahkan penjenayah asing beroperasi di negara ini,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau menjawab soalan mengenai mengapa sindiket penipuan antarabangsa kerap menggunakan Malaysia sebagai pusat transit atau pangkalan operasi. Namun, beliau tidak memperincikan faktor lain.
Bagaimanapun, beliau berkata polis bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen dan agensi penguat kuasa lain untuk memantau kemasukan warga asing dan pelancong ke negara ini.
Terdahulu, Khalid mendedahkan bahawa seramai 187 warga asing dan tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam…