Sebaliknya, menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup itu berkata, ia membabitkan reformasi pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.

PETALING JAYA: Pelaksanaan dasar subsidi bersasar bukan bermakna subsidi akan ditarik sepenuhnya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.
Sebaliknya, beliau berkata, ia membabitkan reformasi pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.
“Teras kepada pelaksanaan dasar subsidi bersasar dan reformasi bantuan sosial adalah Sistem Pangkalan Data Utama (Padu).
“Oleh itu, saya menggesa semua rakyat membuat pendaftaran sistem Padu yang akan dilancarkan perdana menteri pada 2 Jan ini, sekali gus membuat verifikasi maklumat profil individu dan isi rumah.
“Kerajaan akan memberi tempoh tiga bulan sehingga 31 Mac 2024 untuk memberi ruang…
