
KUALA LUMPUR: Dasar mewajibkan pendidikan sekolah menengah menjadi antara inisiatif mengatasi masalah keciciran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjumlah ribuan murid setiap tahun.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, bulan depan, dasar itu akan mengangkat sistem pembelajaran peringkat menengah untuk membantu mengubah kehidupan murid dengan kelulusan lebih baik.

“Kita harap ini langkah dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi atasi isu kehadiran, keciciran dan peningkatan kualiti pendidikan dalam negara,” katanya selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Dasar mewajibkan pembelajaran di sekolah menengah akan dibuat menerusi pindaan Akta Pendidikan 1996 yang telah selesai di peringkat Jabatan Peguam Negara.
Sementara itu, Fadhlina meminta semua pihak menunggu 6 Feb…