Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Dayah Bakar Nyanyi, Tapi Reaksi Suaminya Curi Tumpuan

today19 March 2019

Background

Siapa tak kenal Dayah Bakar ni, dia la pengacara bual bicara Borak Kopitiam yang disiarkan menerusi saluran TV3 pada jam 8 pagi.
Selain itu, Dayah juga merupakan isteri kepada seorang pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang dikenalinya sejak dibangku sekolah pada 29 Jun lalu.
Sejak mendirikan rumah tangga, Dayah kerap juga memuatnaik foto dan video bersama suaminya menerusi laman Instagram miliknya.
Image result for dayah bakar
 
Terbaru, Dayah telah berkongsi satu video yang memaparkan dia sedang menyanyikan sebuah lagu “Menunggu Kamu” oleh Anji sambil suaminya duduk disebelah.
https://www.instagram.com/p/BvJsx5uhJ_m/
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah ekspresi muka yang ditunjukkan oleh Kapten Hanif kelihatan sama dari awal sehinggalah Dayah habis menyanyi.
Rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan komen mereka di ruangan entri tersebut.

  • @aimahash: Mata kapten hanif lansung xberkelip.. Haha power betol lah…
  • @dianzvitamin: Ingat patung tdi. Mujur nampak mata berkelip jugak. Between sore best kak
  • @yunasuha: Kak dayah husbnd kite mcm sme la perangai.. Kite bkn main byk gya die hok tu jgk.. Ajk selfie pun sme ssh. Tp husbnd kite bkn tentera,husbnd farmasi j
  • @yanaalz: Aku ingt kak dayah edit husband dok sebelah. Mujur husband kat dayah kelip mata

Tak kira la suami Dayah tak beri sebarang reaksi sekali pun, janji kita tahu mereka berdua bahagia. Semoga kekal begini sehingga ke akhir hayat ya!

Written by: Azra Azuar


Previous post